Saturday, 12 September 2015

CORPORATE TRAINING 16/120.


Masalah dalam perniagaan datang silih berganti. Andai tidak ditangani dalam struktur jelas, kita umpama bomba, berkejar setiap hari memadamkan kebakaran.
Team Genius mesti boleh buat "analisis ketat berdasarkan fakta" - rigorous fact based analysis. Ini adalah salah satu kemahiran teras kumpulan perunding bisnes. Cuba untuk setiap masalah diselesaikan dalam "ilmu pengurusan yang didorong secara berstruktur"
Dalam dunia yang galak bermentor ini - ia boleh dimulakan dengan akronim MAP dahulu.
MANAGING.
Team.
Client.
Diri kita.
ANALYZING.
Framing.
Designing.
Gathering.
Interpreting.
PRESENTING.
Structure
Buy-in.
Pada inti MAP itu adalah Data <----> Intuisi Manusia.
Bagaiamana manusia memproses data bergantung kepada warna otak dalam kepala.
1. Data -----> Tindakan. 2. Data ----> Perasaan.
3. Data----> Peraturan. 4. Data ---> Tambahan Informasi.
Manakala Intuisi Manusia pula banyak bergantung kepada Pemandu Emosi Manusia. PEM.
Nota ini buat teman teman yang menyertai kelas Ibuhanim Faridah Hanim Haron pagi ini. Andai saya salah - betulkan segera, sebelum kita pergi jauh terbang diangkasa.

SIRAH BASED LEADERSHIP 24/120


(sambungan)..
Apabila tiba di Hunain, Rasulullah (baca selawat) dan tentera Islam berkhemah di luar wadi. Wadi Hunain ini dikelilingi bukit. Hawazin berada dalam lembah.
Rasulullah kemudiannya menghantar seorang tentera dari atas kawasan tinggi. Sahabat ini berada atas kuda dan tidak turun kecuali untuk solat dan buang air sahaja. Sahabat ini memerhati hingga malam dan mendapati tiada pergerakan dari tentera Hawazin.
Sahabat ini pulang dan melapor pada Rasulullah (baca selawat). Rasulullah (baca selawat) memecahkan pasukan pada empat. Ali bin Abi Talib memegang bendera pasukan Muhajirin. Hubab bin Munzir bendera Khazraj. Usaid bin Khudair bendera pasukan Aus. Khalid al Walid mengepalai pasukan berkuda keturunan Sulam di depan sekali.
Tentera Islam dari tempat yang tinggi mahu turun ke Lembah. Kecuraman lembah menjadikan mereka terpaksa turun satu demi satu. Tiada pergerakan serentak boleh dibuat.
Strategi telah diatur, pada tengah malam mereka mula bersiap supaya awal pagi, Khalid Al-Walid akan mula mengetuai pasukan memasuki Lembah Hunain. Tentera Islam melihat pasukan Hawazin pimpinan Malik di lembah yang telah siap menghunus pedang dan menghancurkan sarung. Mereka terlepas pandang ada lagi bilangan tentera Hawazin yang bersembunyi di balik bukit.
Sebaik sahaja pasukan Khalid memasuki Lembah Hunain, tanpa disangka-sangka, mereka dihujani dengan bilahan anak panah daripada pelbagai arah . Serangan yang tiba-tiba ini telah menyebabkan Khalid terjatuh dari kuda dan cedera. Tentera Sulam yang dipimpin Khalid mula pecah dan berterabur.
Mereka kehilangan punca dan dalam kebingungan dan haruk piruk, mereka telah berundur ke belakang. Ramai juga terbunuh. Tentera dari lembah cuba memanjat balik ke bukit. Melihat tentera di depan lari tentera dibelakang terus lari. Berterabur dan tempiaran sampai ke Makkah.
Malik bin Auf menggadakan serangan supaya 20,000 tenteranya bergerak pantas memusnahkan tentera Islam dengan sekali pukulan sahaja. Itu maksud "pecah sarung pedang" diawal tadi. Perang hidup mati bagi mereka.
Rasulullah ketika itu berada di pasukan belakang dengan para sahabat lain> Baginda memanggil tentera islam untuk tenang dan kembali ke dalam barisan. Namun keadaan amat tidak terkawal. Hanya bilangan kecil yang tinggal dalam menghadapi lawan yang seramai 20,000 orang.
Terdapat tentera islam yang terus melarikan diri daripada medan perang kerana serangan hendap yang tidak disangka-sangka daripada pihak musyrikin sehinggakan Abu Sufyan , mntan Ketua Kota Makkah sebelum pembukaan semulanya berkata:
“mereka ini tidak akan berhenti kecuali tentera Islam telah berundur ke Laut Merah”.
Melihat keadaan yang tidak terkawal untuk ketika itu , Rasulullah segera tampil ke barisan hadapan tentera islam dan melaungkan,"Allahhu Akbar".
Abbas, bapa saudara baginda menghampri baginda. Muhammad (baca selawat) melaung "Aku ini Putra Abdul Muttalib". "Aku ini Nabi dan aku tidak berdusta".
Tiada yang menyahut. Muhammad (baca selawat) minta Abbas yang bersuara kuat melaungkan, "Wahai Ansar. Wahai Muhajirin. Wahai Ashabul Samarah". Ini merujuk kepada orang Islam yang membuat perjanjian dibawah pokok Samarah semasa perjanjian Hudaibiyah.
Laungan daripada Rasulullah ini telah mendapat sahutan daripada 100 orang tentera Islam Ahli Hudaibiyah dan mereka kembali berkumpul di sekeliling Rasulullah dan menyusun barisan. Kemudian mereka mara untuk menyerang tentara Hawazin.
Maka berlaku pertempuran antara tentera Islam dan tentera Hawazin.
(Bersambung)

SIRAH BASED LEADERSHIP 23/120


HIGH PERFORMING TEAM.
Pembukaan Mekah tanpa pertumpahan darah memperlihatkan High Performing Team yang dipimpin oleh Rasulullah (baca selawat). Kemenangan besar ini telah mengundang ketidaksenangan kebanyakan kaum musyirikin dalam lokasi berdekatan Makkah.
Paling tidak tenteram dengan pembukaan kota Makkah adalah kabilah Hawazin dan Thaqif. Mereka telah lama mengidam mahu menawan Makkah.
Mendengar perkhabaran ini mereka merancang untuk membuat serangan segera ke atas umat islam. Mereka diketuai oleh Malik bin Auf, seorang pemuda berusia 24 tahun.
Mereka membawa segala kelengkapan perang dengan bilangan tentera sekitar 20,000 orang. Bersemangatnya mereka sehinggan mereka mengangkut bersama segala perkara termasuk harta berupa binatang ternakan dan wanita serta anak anak untuk turut serta di dalam perang ini.
Pada asalnya Duraid ibnu al Simma , pemimpin paling kanan kaumnya tidak bersetuju dengan cara Malik memunggah semua ternakan dan wanita serta kanak kanak ke medan perang, namun selepas Malik berkeras supaya pilih antara dua, beliau atau Duraid, maka kaumnya memilih Malik dan akur akan kemauan Malik.
Mereka berkumpul di satu kawasan bernama Autas yang berhampiran Lembah Hunain. Mereka kemudiannya memasuki Lembah Hunain.
Memahami strategi perang, bagi mengelakkan pertambahan pihak musyrikin yang mungkin akan bergabung menyertai puak Hawazin dan Thaqif ini Rasulullah (baca selawat) telah membuat keputusan untuk menyerang kaum musyrikin ini.
Bertepatan pada 6 Syawal tahun 8 Hijrah bersama-sama 12,000 tentera muslimin, Rasulullah meninggalkan kota Mekah menuju ke Lembah Hunain. Tentera muslimin terdiri daripada 10,000 umat islam yang baru berjaya membuka kota Makah dan 2,000 lagi tambahan adalah mereka yang baru sahaja memeluk islam setelah pembukaan kota Mekah.
Mendengarkan berita daripada agen perisikan dari orang orang musyrikin yang Rasulullah telah keluar menuju ke Lembah Hunain dan akan menuju ke markas tentera puak Hawazin dan Thaqif, Malik bin Auf An Nasri mula menyusun strategi untuk mengalahkan tentera islam secara total.
Mendapat nasihat dari seorang strategis perang veteran mereka bernama Duraid, berusia 160 tahun, buta matanya dan telah tua hingga diusung atas unta.Duraid menasihatkan mereka menempatkan tenteranya di sepanjang pintu masuk Lembah Hunain dengan askar-askarnya diletakkan di setiap perbukitan, setiap batu tinggi dan setiap tempat tersorok
Mereka ini diarahkan untuk terus menyerang hendap tentera Islam serta merta apabila tentera Islam mula memasuki Lembah Hunain. Dalam pada itu, Hawazin mengikut strategi Duraid supaya meletakkan anak anak dan wanita atas unta yang mereka bawa. Dengan ini tentera Hawazin akan kelihatan sangat ramai hingga mencecah sampai 80,000 orang.
Dalam perjalanan dari Makkah ke medan perang, tentera Islam yang baru sahaja membuka kota Makkah dan dalam keadaan moral sungguh tinggi dan mendapati mereka terdiri daripada bilangan yang pertama kali agak ramai, hingga menimbulkan ego.
Ada di antara mereka mengatakan: “Di hari ini kami tidak akan terkalahkan”
Kata-kata ini telah mendapat teguran dari Allah dalam surah At Taubah ayat 25 dan 26 kemudiannya.
5 hari kemudian, pada pagi 11 Syawal pertempuran antara tentera Islam dan tentera musyrikin pun berlaku.

Wednesday, 9 September 2015

SIRAH BASED LEADERSHIP 22/120


Iklim persekitaran Makkah adalah ekstrem. Keringnya cuaca seakan tidak memberikan harapan. Pola hidup mereka nomadisme-unta. Mereka adalah bangsa pengembara musim panas dan musim sejuk.
Apabila tidak dapat bertani lantaran kontangnya muka bumi, mereka mengembangkan daya usaha perdagangan. Bangsa Arab pra-Islam ini berkembang di atas komuiti pasar.
Daerah Makkah tidak dijamah dan diinjak oleh kuasa besar pada masa itu. Kaabah dalam sejarahnya tidak pernah dijajah oleh mana mana kuasa besar dunia. Rumah Allah terhindar dari jamahan tangan kotor dan jahil.
" Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini aman sentosa, dan dianugerahkan rezeki dan buah buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari Akhirat." (Al Baqarah 2: 126)
Dalam usia 13 hingga 18 tahun inilah Muhammad mula "berkuli" dengan bapa saudaranya Abu Talib.Dalam tempoh ini, baginda belajar memahami pasaran. Membeli barangan di pasar dan mencermati segenap keperluan pada masyarakat dinegeri yang disinggahi beliau.
Ini termasuk pasar dan bazar di Yemen, Iraq, Syria, Jordan, Bahrain dan sekitarnya.
Muhammad membina jaringan perniagaan dan hubungan baik antara sesama pedagang sehingga kegeniusan bisnes baginda terbukti nyata tatkala usia baginda mencapai umur 18 tahun.
Puan Guru Ainon Mohd. menerangkan "Muhammad sewaktu muda memulakan bisnesnya dengan modal ilmu dan pengalaman dalam sektor trading di bawah asuhan Abu Talib. Itu sahaja modal beliau.
Beliau tidak mempunyai wang yang banyak sebagai modal. Penekunan penting untuk kita ambil kira adaalah:
1. Pencerahan penting yang perlu kita kutip adalah usah sekali-kali memilih bisnes yang modalnya besar, sampai terpaksa meminjam duit kaum keluarga ataupun bank. Nanti hubungan keluarga rosak. Bank pula akan lelong hartanah yang dicagarkan.
2. Pilih bisnes yang memerlukan modal kecil sahaja bagi memulakannya. Berapa duit yang ada, itu sahaja yang digunakan sebagai modal.
3. Pilih bisnes yang duit masuk cepat. Modal yang kecil dapat dipusing-pusingkan dengan laju. Bisnes pasar malam adalah contoh bisnes yang modalnya kecil.
4. Jangan pilih bisnes yang terpaksa menunggu lama sebelum duit yang dikeluarkan boleh masuk balik. Bisnes pasar malam adalah contoh bisnes yang duit sangat cepat keluar-masuknya.
5. Pilih bisnes servis yang kita pandai jalankan sendiri.
(Bersambung)

SIRAH BASED LEADERSHIP 21/120


Keadaan tanah di Makkah kering dan kontang. Geografi seperti ini tidak sesuai untuk pertanian. Daya keusahawan penduduk Makkah tinggi.
Latar belakng famili Muhammad juga berniaga. 4 orang anak lelaki Abdul Manaf , moyang Muhammad adalah pemegang izin kunjungan dan jaminan keamanan dari negara berjiran dengan Makkah. Iraq, Syria, Yemen dan Ethopia.
Adul Muttalib adalah Ketua Penduduk Makkah. Biasa menerima rombongan dagangan luar. Abu Talib, bapa saudaranya menyara hidup dengan berdagang. Muhammad melihat dan terlibat. Beliau adalah anak muda yang tekun, bersungguh sungguh dan bekerja keras dalam bidangnya.
Muhammad mengikuti Abu Talib ke Syam. Inilah kali pertama, Muhammad keluar dari kota Makkah. Dalam perjalanan inilah Muhammad bertemu Paderi yang Georgeos atau gelarannya Bahira/Buhaira.
Ianya d Busra, tidak jauh dari Howran, satu kawasan dalam wilayah Syam yang dikuasai oleh empayar Rom. Sebaim sahaja berjabat salam dengan Muhammad, paderi berkenaan berkata, "Inilah ketua bagi semua manusia. Allah mengutuskannya bersama risalah yang kelak memberi hikmah kepada seluruh insan"
Paderi ini menasihatkan Abu Talib membawa pulang Muhammad dan tidak membawanya ke Syam. Abu Talib menghantar Muhammad pulang bersama beberapa orang hamba lelaki mengiringi beliau. Perjalananan ikut serta perdagangan Muhammad yang pertama telah terbantut.

SIRAH BASED LEADERSHIP 20/120


Orang Arab pada masa era Rasulullah (baca selawat) menguasai tanah air mereka. Dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi tidak dapat menjajah mereka. Mereka menguasai tanah air mereka bukan dikuasai.
Orang Arab memilih untuk hidup ditanah air mereka yang bergurun. Mereka tidak dilindungi kota yang berdinding. Mereka tidak memerlukan tembok tembok kubu. Mereka bergantung pada tajamnya mata pedang dan runcingnya tombak untuk perlindungan dan pertahanan.
Makanan mereka daging, susu, tapai kurma dan kurma. Mereka dermawan, membalas budi, memberi perlindunga pada orang yang lemah dan melindungi pelanggan yang berurusan dengan mereka.
Mereka pemurah dan bermaruah. Mereka berani dan berdikari. Mereka ada harga diri. Itulah Arab pada era nabi (baca selawat). Mereka petah bicara dan bernas daya fikir. Sesatunya kekurangan mereka adalah mereka buat ikut suka hati tanpa pengurusan yang teratur.
Muhammad telah melihat segala ciri ciri baik ini pada Datuknya Abdul Muttalib. Dan, dia berkenan hormat dengan Datuknya. Pemimpin berada dalam kalangan rakyatnya tanpa hierachy dan protokol yang terlampau. Penghormatan pada pemimpin ditandai dengan hormat pada orang lebih tua dan mereka saling kerja bersama sama.
Apabila Muhammad berusia 12 tahun, dia mula berfikir mahu meringan beban Abu Talib, bapa saudaranya yang ada anak ramai dan tidak berada itu. Beliau mahu berdagang mengikut Abu Talib.

SIRAH BASED LEADERSHIP 19/120


Apakah yang dapat kita tambat dalam tempoh usia 8 hingga 12 tahun Muhammad semasa usia muda ini. Beliau telah menjual servisnya kepada pelanggan kaya. Beliau mengambil kontrak menjaga kambing ternakan orang kaya.
Kita kena ikut strategi bisnes beliau. Kata Puan Guru -"Strategi itu diturunkan dari Langit", bukan beliau pandai-pandai buat sendiri.
Manusia tanpa pemimpin yang baik seumpama biri biri tanpa gembala. Apabila pemimpin layak dihormati, rakyat akan bekerja siang dan malam memajukan negara. Apabila CEO layak diteladanii, bisnes akan berkembang pesat dan dapat dimantapkan.
Strategi memenuhi tiga perkara teras - pertama, menyiapkan tugas, mengembala kambing. Kedua, Mengekalkan kawanan dalam kelompok perpaduan. Ketiga, memenuhi keperluan individu iaitu orang kaya pemilik kambing.
Muhammad semasa muda lagi belajar teknik yang betul apabila bercakap kepada pelanggan kaya. Ia adalah pelaburan yang berbaloi-baloi. Yang tersurat mungkin hasil penekunan masa baginda berada atas ribaan atau tepi Datuknya, Ketua Penduduk Makkah semasa melayan tetamu tatkala dia berusia 6 hingga 8 tahun.
Garisbawahi, kata Puan Guru Ainon Mohd., "Kita tidak boleh bercakap dengan orang kaya ikut sedap mulut kita."
Puan Guru menyambung kata, "Pelanggan berduit ini banyak kemahuannya. Melayan kemahuan psikologis golongan itu memerlukan skill customer-service yang lebih tinggi tahapnya.
Dengan menggunakan teknik-teknik customer servis yang profesional, hasilnya proses menambat hati pelanggan berduit menjadi lebih mudah.
Kelebihan belajar memenuhi keperluan psikologis golongan berduit adalah di mana mereka tidak berkira dengan harga servis yang mereka beli"