Wednesday, 9 September 2015

SIRAH BASED LEADERSHIP. 11/120


Apabila ada sesuatu yang kita sukai, dan kita telah melakukan usaha yang sepatut dalam mempelajarinya, maka lakukan -lah. Selamanya kita tidak akan menjadi 'sempurna sedia' dan tiada apa pun yang akan berlaku sebagaimana yang dirancang 100%. Tingkatkan modal diri percaya pada diri sendiri dan terus membuat - buat buat buat -supaya ia berlaku. Insha Allah.
Ramai teman teman memberitahu, strategi yang dipelajari di sekolah perniagaan waima Harvard Business School itu bagus, namun mereka percaya bahawa "masa terbaik yang disediakan untuk kita" adalah "mengambil risiko di medan perang"sebagai seorang usahawan.
Ia adalah medan bagi memiliki etika kerja yang kuat, mengambil pelajaran berharga dari segala peristiwa dan semua usaha. Segala-galanya yang berlaku adalah satu pengajaran pembelajaran yang boleh digunakan untuk perniagaan.
Lakukan penyelidikan pasaran dan pelanggan , pergi dengan tekad dan tabah serta terus rasakan bahang di medan tempur. Percayalah diri bahawa kita mempunyai kepintaran perniagaan dan skillset untuk berjaya serta boleh memimpin pasukan.
Kita melayan orang dengan cara yang kita mahu dilayan. Kesanggupan dan kebolehan akan membawa kita ke-depan, 'mendapatkan pengalaman dengan ikat perut dan kotorkan tangan ,' ditambah pula dengan keupayaan kita untuk berfikir secara strategik dan analisis telah membantu kita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Kita mulakan dengan membedah pengalaman Khalid Al Walid sebelum pergi pada tokoh yang lain pula.

  1. Selepas Perang Uhud, Khalid mula mengkagumi Muhammad (baca selawat). Beliau melihat kualiti yang tidak ada pada orang lain ada pada Rasulullah. Akhlak, personaliti, sifat dan strategi kendalian angkatan tentera. Modal Diri, Muhammad (baca selawat) tidak terbanding dengan sesiapa.
  2. Antara Perang Uhud dan rombongan selepas Perjanjian Hudaibiyah, sudah ada 28 ekspedisi ketenteraan yang dilakukan oleh Madinah. Ada kalanya dipimpin Rasulullah (baca selawat). Ada kalanya dipimpin oleh orang lain. Aksi sedang bertumpu di Madinah. Malah Perang Khaibar yang berlaku pada tahun ke 7 hijrah benar benar kemuncak dambaan dari keinginan Khalid untuk turut sama beraksi.
  3. Khalid al Walid bukan agamawan berhala. Dia tidak kisah pun. Dua bulan selepas rombongan Rasulullah (baca selawat) memasuki Makkah untuk mengerjakan umrah alQadha', hidayah datang menjentik hati Khalid. Menggoncang jiwanya mahu menyertai Muhammad (baca selawat). .Sesungguhnya Islam itu agama yang benar.

No comments:

Post a Comment