Wednesday, 9 September 2015

CORPORATE TRAINING 15/120.


Brian Tracy membahagikan trainer kepada dua- pakar dan selebriti.
Trainer pakar adalah mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang. Sentiasa arif alim dalam perkembangan ilmu, menulis buku dalam bidang kepakaran serta ada perpustakaan peribadi yang besar dirumahnya.
Sentiasa menjalankan penyelidikan dalam bidang beliau serta dikenali oleh kumpulan kecil yang memerlukan khidmatnya. Pandai berkomunikasi dan selalu juga ada karisma dan berperwatakan menarik. (Beza antara menarik dengan cantik).
Tidak dikenali sangat oleh masyarakat umum melainkan oleh kalangan CEO dan pembuat keputusan.
Hebatnya trainer pakar adalah semakin mereka matang usia semakin tinggi pendapatan dan harga bayaran untuk perkhidmatan kepakaran mereka.
Trainer selebriti pula berbeza. Mereka nyaman rasa diatas pentas. Selesa dipuji puja. Suka pada khalayak besar.
Bakat besar mereka dalah mesra media. Fasih dan petah berkata kata. Pandai bergaya depan lensa. Dalam kata lain mesra kamera. Wajah mempesona, cantik dan fotegenik. Terkenal dan dikenali oleh khalayak ramai terutama menjadi ikon yang disebut sebut oleh orang awam.
Trainer selebriti selalunya ada tempoh masa dan edah tertentu. Semakin lama dalam bidang semakin kurang daya tarikan, meainkan dia pandai mengurus risiko melaburkan wang yang banyak yang diperolehi saat mahsyur kepada bidang bidang lain pula.

No comments:

Post a Comment