Segala benda dimusnahkan oleh jenisnya sendiri. Keluli hanya mampu dipotong oleh keluli. Pokok Kayu hanya tumbang apabila mata kapak berhulukan kayu jua.
Dalam membangunkan korporat, keyakinan dan pemahaman pada angka sahaja tidak cukup. Ia perlu lebih dari itu. "Kualiti kepanglimaan" sebagai pelapis CEO adalah diperlukan. Ini aspek psikologi.
Trainer yang tidak menerima latihan profesional cenderung untuk melakukan banyak kesalahan. Kesannya sangat serious pada mata peserta dan penilaian syarikat korporat yang membawa trainer itu.
Apakah lima perkara yang paling ketara, sepanjang pemerhatian pakar pakar dalam bidang ini:
1. Bertanya soalan seolah olah mengendalikan program kecemerlangan pelajar dan aktiviti bina semangat. Ini amat mendugalkan.
2. Banyak bercakap. Membebel. Berkisah hal diri yang keterlaluan. Tiada "flow structure" dalam bercakap.
3. Tidak bercakap dalam terma yang sepatutnya. Cuba nak membetulkan peserta mengikut pengalaman dangkal beliau. Banyak menyebut saya dan meng"anda-kan" peserta.
4. Cuba buat lawak ala Ustaz Azhar Idrus, walhal seni buat lawak ini adalah bakat semulajadi yang tidak boleh di ada adakan.
5. Adanya "unfinished business" dengan peserta.
No comments:
Post a Comment