Wednesday, 9 September 2015

CORPORATE TRAINING 11/120


Ada dua perkara yang kita sentuh kali ini.
PERTAMA, dalam bisnes training, trainer membuka syarikat training. Trainer yang sama menggelar dirinya master trainer. Dia mempunyai content yang bagus. Dia juga menyampaikan contentnya.
Trainer itu telah terperangkap sebagai towkay. Dia adalah penyekat utama kepada perkembangan bisnesnya. Seorang consultant profesional dalam memoirnya memberitahu beliau menghabiskan perjalanan 31,000 batu ke 33 buah bandar dan menghabiskan 179 malam tidur dimerata tempat dalam melaksanakan tugasannya.
Bagi trainer yang berdepan dengan situasi begini, Puan Guru saya Ainon Mohd. memberikan nasihat pengalamannya:
Satu, sambung cara bisnes sebegini selagi badan masih terdaya dan hati masih mahu.
Kedua, simpan duit banyak banyak. Laburkan duit itu dalam bidang bisnes baru yang kita tidak lagi perlu "membajak sawah" sebagai consultant atau trainer lagi.
Selesai situasi pertama. Situasi KEDUA adalah upaya membeza antara perunding dan pengurusan. Tidak memasuki batas menjadi perunding yang menguruskan bisnes. Perunding memberi jalan. Pengurusan yang memandu kenderaan.
Ini terjadi kepada MCKinsey sendiri. Beliau telah menunjukkan jalan kepada Marshal Field & Company yang sedang berdepan masalah. Lembaga Pengarah Marshall Field bersetuju dengan pengesyoran 12 orang perunding dalam pasukan McKinsey yang telah menemubual 752 retailers di 32 negeri.
Pada bulan Oktober, 1935, James O McKinsey ditawarkan jawatan Chairman dan CEO Marshal Field & Company.
Penyakit mahu masuk lapangan sendiri ini adalah "do not tell". Ianya merasuk jiwa apabila kita semakin dalam menyelam dalam masalah syarikat pelanggan. Saya sendiri dalam kapasiti kecil telah terkena wabak ini berkali kali.Perghhh.
McKinsey menerimanya. Dia mula terasa bahang. Memberhentikan 1200 orang pekerja atas nama "cost cutting". Sampai sekarang strategi ini dikenali sebagai "McKinsey Purge". Ia berjaya mengembalikan Marshall Field kepada kedudukan asas, namun pengurusan telah hilang "the hearts and minds of his employees".
Subjek ini dibincangkan dengan mendalam dalam kelas kami yang diterajui oleh Ibuhanim Faridah Hanim Haron.

No comments:

Post a Comment