Andai di-tanya saya siapakah "antara beberapa ikon" yang akan kita tonjol bincang dalam SBL -Sirah Based Leadership tentulah kita jawab Khalid Al Walid.
Dari edah Perang Uhud sehingga dia dilepaskan jawatan oleh Umar al Khattab, dalam tempoh lebih dari 15 tahun, Khalid telah berjuang dalam 41 pertempuran. 35 pertempuran adalah dalam tujuh tahun terakhir. Beliau memeluk Islam dalam usia 43 tahun, beliau meninggal dalam usia 58 tahun.
Antara Perang terhebat Khalid adalah Perang Yarmuk. Dia patah 9 pedang. Dia menggabungkan beberapa bentuk taktikal. Pertempuran berdepan, penerobosan masuk dalam kawasan lawan, serangan balas, serangan sisi, serangan belakang. Penangkisan dan 'manouver outflanking'.
Kesemua ini seni. Bisnes juga macam perang. Benar, kita tidak melawan musuh. Cuma kita membawa pasukan dan mesej masuk ke kawasan ramai orang berhimpun dan tempat banyaknya wang berkumpul.
Tatkala Khalifah Abu Bakar merancang kempen memerangi kemurtadan, beliau berbincang dengan Amru bin Al As. Khalifah bertanya, "Wahai Amru kamu adalah orang Arab yang paling pintar membaca orang. Apa pendapat kamu tentang Khalid?
(Maruah dan pencapaian adalah pemandu emosi manusia yang mendasari Khalid. Dia berani dan bermurah hati. Dia pakar strategi)
Jawab Amru, "Dia pakar dalam bidang ketenteraan, bersahabat dengan maut, terkamannya persis seekor harimau dan sabarnya seperti seekor kuching"
Umar telah melucutkan jawatan Khalid sebaik Abu Bakar meninggal dunia atas perhitungan strategik. Namun selepas peperangan Hazir, Umar menyatakan, "Khalid sememangnya seorang panglima. (Secara literalnya membawa maksud - Khalid telah menjadikan dirinya panglima. Bakat itu secara semulajadi).
Umar melanjut kata, "Doakan Allah merahmati Abu Bakar. Dia lebih bijak membaca manusia dari aku"
Tiga perkara:
- Belajar berbincang dengan pakar memahami manusia. Ini ilmu mahal yang pemimpin korporat dan usahawan mesti kuasai.
- Bakat selalu ada secara semulajadi ataupun ia terbentuk dalam usia sebelum usia 9 tahun. Bina persekitaran manusia dapat mengasah tajam bakat masing masing.
- Strategi adalah kata kunci. Strategi adalah apa yang ada dalam minda. Strategist adalah orang. Apabila bertemu strategist "dakap erat dan tambat jiwanya" supaya dia boleh menerangkan strategi dan menterjemahnya menjadi taktik.
Taktik adalah apa yang ada depan mata. Taktik boleh di tiruvasi.
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment