HIGH PERFORMING TEAM.
Pembukaan Mekah tanpa pertumpahan darah memperlihatkan High Performing Team yang dipimpin oleh Rasulullah (baca selawat). Kemenangan besar ini telah mengundang ketidaksenangan kebanyakan kaum musyirikin dalam lokasi berdekatan Makkah.
Paling tidak tenteram dengan pembukaan kota Makkah adalah kabilah Hawazin dan Thaqif. Mereka telah lama mengidam mahu menawan Makkah.
Mendengar perkhabaran ini mereka merancang untuk membuat serangan segera ke atas umat islam. Mereka diketuai oleh Malik bin Auf, seorang pemuda berusia 24 tahun.
Mereka membawa segala kelengkapan perang dengan bilangan tentera sekitar 20,000 orang. Bersemangatnya mereka sehinggan mereka mengangkut bersama segala perkara termasuk harta berupa binatang ternakan dan wanita serta anak anak untuk turut serta di dalam perang ini.
Pada asalnya Duraid ibnu al Simma , pemimpin paling kanan kaumnya tidak bersetuju dengan cara Malik memunggah semua ternakan dan wanita serta kanak kanak ke medan perang, namun selepas Malik berkeras supaya pilih antara dua, beliau atau Duraid, maka kaumnya memilih Malik dan akur akan kemauan Malik.
Mereka berkumpul di satu kawasan bernama Autas yang berhampiran Lembah Hunain. Mereka kemudiannya memasuki Lembah Hunain.
Memahami strategi perang, bagi mengelakkan pertambahan pihak musyrikin yang mungkin akan bergabung menyertai puak Hawazin dan Thaqif ini Rasulullah (baca selawat) telah membuat keputusan untuk menyerang kaum musyrikin ini.
Bertepatan pada 6 Syawal tahun 8 Hijrah bersama-sama 12,000 tentera muslimin, Rasulullah meninggalkan kota Mekah menuju ke Lembah Hunain. Tentera muslimin terdiri daripada 10,000 umat islam yang baru berjaya membuka kota Makah dan 2,000 lagi tambahan adalah mereka yang baru sahaja memeluk islam setelah pembukaan kota Mekah.
Mendengarkan berita daripada agen perisikan dari orang orang musyrikin yang Rasulullah telah keluar menuju ke Lembah Hunain dan akan menuju ke markas tentera puak Hawazin dan Thaqif, Malik bin Auf An Nasri mula menyusun strategi untuk mengalahkan tentera islam secara total.
Mendapat nasihat dari seorang strategis perang veteran mereka bernama Duraid, berusia 160 tahun, buta matanya dan telah tua hingga diusung atas unta.Duraid menasihatkan mereka menempatkan tenteranya di sepanjang pintu masuk Lembah Hunain dengan askar-askarnya diletakkan di setiap perbukitan, setiap batu tinggi dan setiap tempat tersorok
Mereka ini diarahkan untuk terus menyerang hendap tentera Islam serta merta apabila tentera Islam mula memasuki Lembah Hunain. Dalam pada itu, Hawazin mengikut strategi Duraid supaya meletakkan anak anak dan wanita atas unta yang mereka bawa. Dengan ini tentera Hawazin akan kelihatan sangat ramai hingga mencecah sampai 80,000 orang.
Dalam perjalanan dari Makkah ke medan perang, tentera Islam yang baru sahaja membuka kota Makkah dan dalam keadaan moral sungguh tinggi dan mendapati mereka terdiri daripada bilangan yang pertama kali agak ramai, hingga menimbulkan ego.
Ada di antara mereka mengatakan: “Di hari ini kami tidak akan terkalahkan”
Kata-kata ini telah mendapat teguran dari Allah dalam surah At Taubah ayat 25 dan 26 kemudiannya.
Kata-kata ini telah mendapat teguran dari Allah dalam surah At Taubah ayat 25 dan 26 kemudiannya.
5 hari kemudian, pada pagi 11 Syawal pertempuran antara tentera Islam dan tentera musyrikin pun berlaku.
No comments:
Post a Comment