Wednesday, 9 September 2015

SIRAH BASED LEADERSHIP. 14/120


Sambungan dari certa tadi, tentera Islam bergerak hingga sampai ke daerah yang sekarang kita panggil Jordan. Pasukan Arab Nasrani pada masa itu berjumlah sekitar 5 kali ganda dari tentera Islam. Pertempuran bermula.
Dalam seru dan sengit tempur ini, Zaid bin Harithah syahid. Timbalannya Jaafar bin Abi Talib mengambil panji dan meneruskan perang. Jaafar pula syahid. Anak angkat Nabi dan sepupu Nabi gugur.
Tentera Islam agk kelam kabut. Muncul Abdullah bin Rawahah mengangkat panji dan mengatur kembali pasukan. Suasana kembali jelujur dan tersusun atur. Namun, ini tidak lama, Abdullah Rawahah pula gugur.
Tentera Islam goyah. Thabit bin Arqam tampil mengangkat panji dan berteriak, "Wahai Muslim sekalian, pilih-lah seorang diantara kamu sebagai ketua.
Tiba tiba Khalid berdiri tepi Thabit. Lantas Thabit memberikan panji itu kepada Khalid. Segera, Khalid tahu, namun dia berkata, "Kamu lebih layak". Khalid menyedari dia baru sangat memeluk Islam. Baru 4 bulan.
Thabit menjawab, "Tiada lagi yang lebih layak dari kamu, Khalid"
Khalid, Panglima telah memegang panji atas persetujuan ramai. Kebijaksanaan perang di medan, pertimbangan pengalaman dan keberanian yang tiada taranya telah ada. Melihat duduk peristiwa, Khalid buat tiga pertimbangan segera.
1. Pertama, berundur dan selamatkan pasukan. Namun itu bermakna kekalahan. Malu besar pasukan angkara Khalid ini, andai dia bertindak sedemikian.
2. Kedua, bertahan.Dengan bilangan musuh 5 kali ganda bagaimana dapat bertahan. Selama mana?
3. Terus menyerang bagi membeli masa mengkaji lokasi dan atur mula perang. Ganggu kestabilan musuh. Ini beri ruang untuk kaji keadaan dan tindakan berikutnya.
Naluri kepanglimaan menguasai diri Khalid. Beliau membuat pilihan ketiga. Beliau mula menyerang garang bertali arus. Rentak sudah dipalu, Khalid membina momentum laju. Sembilan pedang beliau patah dalam serangan tidak kunjung padam - beliau menggunakan pedang yang ke sepuluh.
Dalam derap kuda perang dan laungan kesakitan tombak dan pedang, Qutba yang menyerang dari sayap kanan berjaya membunuh Malik, panglima Arab-Nasrani.
Musuh berundur dalam jarak tiada capaian anak panah. Khalid membuat keputusan, pulang segera ke Madinah. Tentera dari Mutah diundurkan.
Pencerahan:
1. Menurut Puan Guru Ainon Mohd.-"Dalam menjalankan bisnes, tidak ada konsep 'gagal'. Yang ada cuma 'risiko rugi'. Justeru itu pakar-pakar ilmu bisnes membangunkan ilmu 'pengurusan risiko'. Kita orang bisnes perlu belajar ilmu pengurusan risiko dalam menjalankan bisnes".
Prinsip pertama dalam mengurus risiko adalah: "Culculate the risk."
Kira betul-betul risiko itu. Apabila risiko itu tidak dapat dikira, jangan ambil risiko itu". Inikah iktibar pertama yang kita perolehi dari pengkisahan sirah ini.
2. Sentiasa tingkat modal diri - sampai masa kita akan dipanggil untuk mengepalai.
Apabila berdepan situasi sentiasa ada plan yang boleh difikiri.
3. Beralah undur bukan bermakna kalah. Ianya tempat menyusun arah bagi mengatur langkah berikutnya. Ada waktunya kita mesti susun dan struktur semula atas sebab sebab yang diluar jangka pemikiran semasa merangkanya dahulu.
(Bersambung)

No comments:

Post a Comment