Manusia adalah "problem solving, skill using, social animal".
Mereka menyelesaiakan masalah sepanjang masa, meningkatkan kemahiran secara bersiri, dan "haiwan sosial" yang saling bergantung dan berinteraksi.
Apabila manusia telah memenuhi keperluan asa diri, mereka mendambakan dua jenis pengalaman utama. Salah satu dari keperluan yang mendalam bagi mereka adalah untuk menggunakan kemahiran terbaik mereka setiap kali melaksanakan tugasan penuh cabaran
Manusia cepat merasai kegembiraan apabila dapat menyudahkan sesatu perkara seumpama pemain dapat memasukkan bola ke gawang gol.
Satu lagi keperluan manusia adalah untuk berterusan mencari hubungan yang bermakna dan hangat dengan beberapa manusia yang lain - merasai untuk mengasihi dan dikasihi, sama sama berkongsi pengalaman, menghormati dan dihormati, sama sama untuk bekerja dalam tugas-tugas yang sama demi mencapai matlamat.
Mendalami dunia Gen Y sekarang yang sangat suka bermentor, ber-coach dan menghadiri training izinkan kita menefinasikan akan tiga perkara ini.
1. Kita memerlukan MENTOR apabila kita perlukan nasihat dari orang yang lebih berpengalaman dari kita samada dalam ilmu kehidupan, ilmu bisnes ataupun ilmu alam pekerjaan. Mentor akan membantu kita dalam mrmbuat keputusan besar dengan penuh hikmah kebijaksanaan.
Mentor membenderangkan kefahaman. Berusaha untuk menjadikan mentor sebagai connector dan sponsor kita.
2. Kita memerlukan coach apabila kita mahu belajar memandaikan diri dalam melakukan sesuatu kerja tau kemahiran Sebagai contoh kita mahu belajar content writing dan content marketing. Coach akan mengajar kita sampai faham dan pandai menulis cerita cerita penuh informasi sebagai content kita.
Tugas coach adalah mendokong coache-nya sampai lebih berjaya. Orag yamg mahu jadi coach mesti memiliki dua ciri utama ini.
Pertama, dia mesti dihormati oleh coachee-nya.
Kedua, dia mestilah memiliki kredibiliti yang tinggi.
Kedua, dia mestilah memiliki kredibiliti yang tinggi.
3. Bilakah pula masanya kita memerlukan consulting?
Apabila kita mempunyai masalah berat. Ianya tidak dapat kita selesaikan secara dalaman. Ianya hanya dapat diselesaikan oleh consultant pakar dan berpengalaman. Mereka yang telah menyelesaikan masalah yang telah kita alami.
Sebagai contoh bagaimana kita mahu menyediakan sistem untuk cawangan yang semakin bertambah. Bagaimana mahu meningkatkan keuntungan dalam jualan yang semakin bertambah/berkurang. Bagiamana mengekalkan staff yang asyik berhenti kerja meninggalkan kita.
No comments:
Post a Comment