Wednesday, 9 September 2015

CORPORATE TRAINING 7/120

Apakah syarat untuk jadi corporate trainer yang berpengaruh dan berwibawa?
Pertama: pinjam titah TMJ. Kejurulatihan 50%. Pemain 50%. Kita mesti belajar berguru. Pilih guru yang betul. Unsur kepakaran selamanya adalah gabungan dua modal. Modal Ilmu dan modal kemahiran.
Contoh saya sebagai PublicspeakingGuru. Saya mesti telah melalui latihanyang panjang dalam bidang. Saya mesti telah baca beratus buku dalam bidang public Speaking. Ini melayakkan saya jadi Guru public speaking.
Saya juga mesti memilki skill. Dapat bercakap di hadapan audiens dengan baik. Terbukti saya ada skill public speaking.
Ohhh sukar. Bagaimana andai usia masih muda?
Mudah sahaja, jawapannya. Ini membawa kepada faktor kedua, Bergandingan dengan trainer berpengalaman. Mereka yang telah ada pengalaman training dalam bidang kepakaran. Lihatiru. Lihat dan Tiru proses dan penyampaian. Tiruvasi. Tiru dan inovasi konten.
Testimoni pelanggan dan peserta adalah sangat penting.
Ketiga, dapat membuktikan kepakaran yang ada kepada peserta yang ikut serta. Ingat lima perkara:
Pertama, ianya tentang mereka. Tentang peserta. Bukan tentang kita.
Kedua, ia bukan tentang satu disiplin semata mata. Kita wajar ada team.
Ketiga, bawa penyelesaian pembelajaran yang relevan. Sentiasa tingkatkan ilmu dan kepakaran perlu.
Keempat, Berfikir Global dan bertindak Lokal.
Kelima, Perhubungan itu penting (Relationships Matter).
Bagiaman mahu jadi "reputable corporate trainer"?
Ianya sentiasa tentang - kesan penampilan, mahir berfikir, mahir naratif dan sentiasa guna tools yang sesuai. Kita bincangkan nanti.

No comments:

Post a Comment