Wednesday, 9 September 2015

SIRAH BASED LEADERSHIP 17/120.


Langkah Pertama dari 10 Langkah dalam Era Keusahawanan Muhammad.
Muhammad bin Abdullah berumur 6 tahun tatkala ibunya meninggal dunia. Beliau dipelihara oleh Abdul Muttalib, datuk sebelah bapanya. Seorang Ketua Penduduk di Makkah. Walaupun ketua, Abdul Muttalib tidak kaya dan mewah. Beliau mengekalkan tradisi Arab yang hidup memberi khidmat dan melayan tetamu tetamu yang datang berkunjung ke kaabah.
Muhammad belajar hidup dalam kesukaran dan kepayahan sejak kecil. Beliau dibesarkan dengan memerhati cara Datuknya menerima kunjungan demi kunjungan pembesar Arab dari merata tempat.
Apabila Abdul Muttalib meninggal, tatkala Muhammad berusia 8 tahun, beliau tinggal dengan bapa saudaranya. Abu Talib juga Ketua Penduduk Makkah menggantikan bapanya. Namun, hakikat Nyata Abu Talib adalah lelaki miskin yang punyai ramai anak. Muhammad berusaha membantu meringankan beban bapa saudaranya dengan mengembala kambing bersama sepupunya.
Semua nabi dikatakan pernah mengembala kambing. Sesuatu yang menarik untuk dicari susur mula disebaik peristiwa.
Ianya pengajaran kepimpinan. Sirah Based Leadership. Apakah yang dapat kita kutip dari aspek kepimpinan - bagimana pemuda yang berhemah ini terdidik pintar tajam penekunan dari 4 tahun pertama sebagai pengembala ini.
Metafora terbaik bagi kepimpinan sejak dahulu kala "bagaikan Gembala". Memastikan tugasan berjaya, kawanan tidak berpecah dan memenuhi kehendak individu. Ianya ungkapan tersirat yang banyak berbanding dengan yang tersurat.
Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah (baca selawat) bersabda:
"Tidak ada nabi yang tidak pernah bekerja sebagai gembala"
Tanya seorang yang hadir, "Engkau juga pernah melakukannya"
"Ya" jawab Muhammad (baca selawat) "Aku memgembala kambing semasa kanak kanak." (HR Bukhari)

No comments:

Post a Comment