Perang Mutah diingat lama oleh ramai orang lantaran ianya perang yang Khalid patah 9 pedang. Ianya perang yang kecil dan tidak penting sangat sebenarnya andai dibanding dengan perang perang lain.
Namun, ia diingat lantaran inilah perang yang menyaksikan tentera Islam berundur dari medan. Khalid alWalid mengundurkan pasukan. Khalid membiarkan musuh menguasai medan pertempuran.
Sesampainya pasukan ini di Madinah mereka disambut dengan amarah oleh penduduk. Teriakan "wahai kamu yang melarikan diri jelas kedengaran". Kemarahan ini ditenteramkan segera oleh Rasulullah (baca selawat). Rasulullah menyebut betapa pasukan ini akan kembali berjuang dengan izin Allah.
Pada detik kepulangan inilah Rasulullah (baca selawat) memanggil "Khalid adalah pedang Allah". Gelaran yang terpakai hingga Khalid mati diperbaringan, bukan di medan tempur.
Khalid adalah seorang yang berotak tentera paling genius. Pandangan strategik. Kebijaksnaaan taktkal. Kekuatan dan keberanian individu serta kepintaran kepimpinan melalui teladan. Ia rangkuman yang diperlukan dalam dunia bisnes masa kini sebenarnya - kebijaksanaan strategik plus taktikal digabungkan dengan seni perluasan kawasan pasaran.
Perang paling terbilang dalam penglibatan Khalid adalah Perang Walaja manakala yang terhebat adalah Perang Yarmuk. Khalid pejuang, dia bukan pentadbir. Dalam kata bisnes- beliau adalah orang yang terobos pasaran, bukan CEO syarikat yang menguruskan penghantaran barangan dan pengurusan pentadbiran.
Pada tahun 642 Hijrah, Kalid dalam usia 58 tahun, jatuh sakit. Sakit yang membawa panglima ini terbaring menunggu detik detik penghuung usia. Saat saat menunggu hari kematian, Khalid didatangi teman. Menziarahi beliau.
Khalid menarik selimut untuk sahabatnya memeriksa anggota badannya, menanya apakah temannya itu nampak ada ruang sebesar tapak tangan dianggota badannya yang tidak berparut luka akibat senjata tajam musuh durjana.
Setelah diperiksa, tiada ruang yang tidak berparut. Temannya itu pun hairan bagaimana manusia yang habis badan luka boleh mampu hidup dan bertahan derita sakit sebegitu rupa.
Pada saat inilah Khalid mengadu rasa, menyatakan apa yang tersudut dalam jiwa, tentang dambaan beliau mencari syahid dalam begitu banyak pertempuran. Namun, akhirnya dia terbaring begitu pada menunggu saat kematian.
Sahabatnya berkata, Wahai Khalid. Rasululullah memanggil mu Pedang Allah. Kamu tidak boleh mati di medan tempur. Pedang Allah tidak mungkin dipatahkan oleh musuh Allah. Ianya mustahil untuk berlaku"
Pada hari kematannya Khalid hanya meninggalkan seekor kuda, seorang hamba dan perisai serta senjata. Beliau meninggalkan nama KEPANGLIMAAN yang segar dalam sejarah.
No comments:
Post a Comment