Dalam usia ini 8 hingga 12 tahun ini Rasulullah memperihalkan kepada kita secara tersurat (banyak yang tersirat- kita tidak tahu), bahawa dalam kepimpinan, keteladanan itu adalah segala galanya. Apabila gembala rosak, maka rosaklah kawanan yang dibawanya.
Pada aspek semangat - pemimpin mesti didepan. Membawa kawanan ternakan merentas jalanan untuk sampai ke kawasan rumput ragut subur. Namun, tatkala kawanan telah bergerak ada masanya, Gembala berada di belakang. Mengawasi corak jalan kawanan yang teratur didepan.
Destinasi pergi adalah mencari padang rumput ragut yang subur. Tidak lupa juga sumber air yang berdekatan. Kambing biri biri mesti sentiasa ada dalam kawanan. Tidak boleh terpisah. Tidak boleh bercerai. Serigala akan memakan kambing yang terpisah dari kawanan.
Kambing biri biri mempunyai kelenjar kuku yang ada bau tertentu menjadi tanda pada laluan pergi dan mudah dibau pada laluan kembali. Kambing biri biri adalah binatang jinak yang mengenal gembalanya melalui suara. Ia megikut gembalanya bukan mengikut kambing biri biri jantan.
Gembala yang baik mesti ada dua sifat berpadu. Pertama, "kalos" dalam bahasa yunani disebut mahir. Modal Bisnes kedua dan ketiga - Modal Ilmu dan Modal Mahir. Kedua, "agathos" - baik dan berminat pada perkara kebajikan. Ini modal bisnes yang pertama - Modal Diri.
Apakah kelebihan sehingga semua Nabi mengembala kambing. Hakikat Nyata inilah peluang bersendirian. Banyak masa untuk berfikir, muhasabah diri dan melihat alam kebesaran Tuhan yang terbentang.
Tulus Luhur meneliti. Jiwa bersih dan jernih.
No comments:
Post a Comment