Khalid al Walid telah memeluk Islam. Usia 43 tahun. Beliau memanfaatkan masa di Madinah untuk bersama Rasulullah (baca selawat). Bertekun belajar dengan baginda.
Khalid sedang berada dalam semangat baru. Semangat perintis. Peneroka yang percaya pada kekuatan spiritual. Ada tujuan hidup diduna. Pengabdian pada Pencipta.
Hampir 4 bulan Khalid memeluk Islam, Rasulullah telah menghantar wakil ke daerah Ghassan. Sebaik sahaja wakil itu melewati tempat yang bernama Mutah, wakil itu dibunuh dengan kejamnya oleh Shurahbil bin Amr, Ketua di situ.
Mendapat maklum akan hal ini, Rasulullah menyediakan 3000 orang pasukan ekspedisi. Baginda menamakan tiga orang ketua. Pertama, Zaid bin Harithah. Kedua, Jaafar bin Abi Talib. Ketiga, Abdullah bin Rawahah.
Andai tiga orang ini terkorban, maka pasukan boleh menamakan ketua pasukan tentera itu. Harus kita garisbawahi, Khalid baru masuk 4 bulan memeluk Islam. Beliau hanyalah askar biasa dalam pasukan.
Pada masa pasukan ini digerakkan Madinah tidak tahu pun akan duduk perkara rupa rupanya ada 200,000 tentera sedang berkumpul di Jordan dengan 100,000 tentera Rom dan 100,000 lagi tentera Arab Nasrani, rata rata dari Ghassan.
Mengetahui akan duduk perkara, tentera Islam berbincang risiko 3000 melawan 200,000. Pemimpin ketiga dalam pasukan Abdullah bin Rawahah bangun meniupkan semnagat Jihad - "Manusia berjuang bukan dengan jumlah atau senjata, tetapi dengan iman. Apabila kita berperang bermakna kita ada dua pilihan yang terpuji, kemenangan atau syahid".
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment