Wednesday, 9 September 2015

CORPORATE TRAINING 10/120


Kita banyak berperi tentang McKensie lantaran kita tahu - ia sandaran untuk buka cerita. Namun perlu kita garisbawahi, ada beza besar antara Barat (baca Amerika) dengan Timor (Asia).Budaya dan cara berfikir yang berbeza.
Amerika dari sudut pandang orang Asia adalah bangsa hidung tinggi yang riak, bangga diri, angkuh, takbur dan sombong. Mereka memuja kejayaan individu.
Asia pula dari pandangan orang Amerika adalah bangsa yang rendah diri, tidak konfiden, malu-alah, self esteemnya rendah. Inilah perbezaan budaya dan bahasa.
Membaca dan menekuni buku buku komunikasi Amerika itu bagus. Namun, ia harus sepadan pula dengan Bahasa dan budaya kita. Tidak semua prinsip dalam budaya barat itu baik terutama dalam kita menjalankan program berbentuk "corporate training".
Prinsip "walk the talk" misalnya mengembar- gemburkan kejayaan diri dan individu tiada dalam kamus tradisi orang Asia. Bangga diri, cakap sombong tentang aku dan keluarga ku serta puak puak aku adalah cara orang Amerika dan Barat. Biji butir percakapan mereka dikuasai oleh bukti diri dan kemampuan peribadi.
Dalam masyarakat Amerika, mereka menganut fahaman individualistik. Individu lebih penting dari kelompok. Setiap topik ucapan mereka adalah tentang diri dan kehidupan mereka.
Kita pula berbeza. Kita meraikan keluarga, namun bagi kita yang lebih utama adalah kejayaan kelompok. Kejayaan pasukan. Kejayaan persahabatan. Tiada "saya dan anda" dalam budaya Asia. Ianya tentang kami dan kita.
Dalam ekonomi masa kini, kita kaya dengan maklumat dan data. Namun data itu terlalu berlambak. Sesiapa yang dapat memudahkan data dan menerangkan dalam bentuk ggraf, carta dan cerita akan dianggap pakar.
Semakin tinggi kepakaran, semakin tinggi nilai pasaran dan semakin baik huraian dibuat dalam bahasa yang mudah, semakin tinggi nilai permintaan.
Garisbawahi berulang kali, TRAINING adalah perkhidmatan pasaran. Hanya dan diulangi, hanya trainer yang pakar dapat bertahan lama dalam pasaran. Lebih menakjubkan lagi, semakin tinggi yuran yang mereka kenakan, semakin ramai orang mengunjungi dan mendatangi mereka.
Kata Kuncinya: TESTIMONI.

No comments:

Post a Comment