Wednesday, 9 September 2015

CORPORATE TRAINING 14/120.


Asyik belajar aja? Ya, belajar sebelum mengajar. Terpelajar. Pintar terdidik. Pakar. Kita pakar apabila memiliki ilmu. Kita pakar apabila memiliki skill. Kita pakar apabila dapat buat kerja dalam bidang pilihan kita lebih baik daripada orang lain.
Presiden Eisenhower menulis surat kepada Marvin Bower, Pengarah Urusan McKinsey yang menggantikan James O McKinsey. ,
"Always take your job seriously, never yourself". Tanggungjawab kita memberikan yang terbaik dan hanya pakar boleh berikan yang terbaik.
Jadilah seorang pakar dalam bidang kita dahulu, baru jadi trainer. Itu kata kunci.Kita mesti meletakkan kepentingan klien atau pelanggan kita terlebih dahulu. Pisahkan diri kita dari pekerjaan. Kita mesti mampu :
1. Bawa fakta kepada pengurusan.
2. Memahami kepentingan training untuk peningkatan kemajuan dalaman syarikat. 3. Keterujaan untuk bekerja dengan "prestigous clients.
Secara konsisten berlapang dada dan berfikiran terbuka. Selesaikan masalah secara berfakta. Beri tumpuan pada "front line". Lihat permasalahan secara keseluruhan "in the context of the whole" dan dalam terma apakah "imediate actions to be taken"
Inspirasikan pasukan untuk berikan yang terbaik. Terbaik dalam ertikata "consulting on managing":
Boleh mendesainkan program jangka pendek dan jangka panjang. Dapat menyediakan nota nota yang dikonseptual untuk kefahaman segera. Dapat pula mendesain learning plan.
Dapat menyediakan proposal program yang meyakinkan. Menyediakan bahan untuk melatih certified trainers dalam pasukan. mampu menyampaikan persembahan kepada Lembaga dan panel penilai. Dan mengendalikan program sejajar dengan kehendak klien ataupun mendepani permasalah yang mereka hadapi dengan tunjuk cara penyelesaian.
Mungkin Ibuhanim Faridah Hanim Haron ada maklumbalas pada penulisan ini.

No comments:

Post a Comment