James O McKinsey adalah seorang yang berasal dari ladang namun berkeyakinan tinggi. Luar biasanya anak muda ini beliau berani berkata dan buat perkara yang boleh juga dibuat oleh orang lain, namun ramai orang teragak agak untuk melakukannya.
Seawal tahun 1936 lagi, beliau melatih dirinya untuk berfikir secara logik. Itu keperluan pada waktu itu. Pemikiran logik akan membawa kepada satu kesimpulan dan apabila sampai pada simpulan, McKinsey tanpa ragu, menyatakan dengan terang dan jelas.
McKinsey juga adalah 'a wizard with numbers". Sungguh bijak beliau bermain dengan angka. Beliau telah menukar ilmu perakaunan ini bukan semata mata sebagai rekod masa lalu sebaliknya menjadi alat bagi pengurusan yang cekap. Bagi beliau, dua kunci adalah "budgeting and forecasting"
Ia bermua dengan numbers dan kemudian berikan perspektif. Angka dan psikologi di sebaliknya. Manusia dan proses. Inlah yang dikembangkan oleh pengganti dan protege McKinsey, Marvin Bower kemudiannya.
Sesuatu yang disebut oleh sahabat saya, Tuan Nik Hasyudeen, dalam dunia VUCA masa kini, antara kemahiran yang kita perlukan adalah "scenario planning". Perancangan senario yang juga dikenali sebagai pemikiran senario atau analisis senario ini adalah satu kaedah perancangan strategik yang beberapa organisasi gunakan untuk membuat perancangan jangka panjang yang fleksibel.
Ia asalnya adalah sebahagian besarnya adaptasi dan generalisasi kaedah klasik yang digunakan oleh perisikan tentera. Ini menjadi penting dalam dunia yang berubah pantas serta penuh dengan kekaburan warna dan klim masa kini.
Kembali kepada bapa dunia "consultancy" -di samping itu McKinsey seorang yang berketerampilan. Bercita cita besar. Jarang ada masa dirumah. Tidak berminat dengan "culture or literature". Sibuknya beliau sehingga dikatakan separuh dari sarapan, semua makan tengahari dan sepertiga dari makan malam beliau adalah bersama klien.
Tujuan kita memperincikan tentang McKinsey ini bukan mahu mencontohi beliau terutama dalam soal abaian beliau pada keluarga tetapi bagi membolehkan kita tahu penyuluh awal dunia perundingan dan "corporate training" seawal tahun 30an lagi. Seorang budak dari ladang Ozark yang menyediakan dirinya sebaik mungkin untuk berjaya dan meninggalkan jejak namanya dalam syarikat perunding paling unggul masa kini.
Balik kepada kefahaman kita, kepada fahaman asas, "bisnes training ini adalah dunia latihan". Sebaik tamat latihan, mereka yang hadir perlu "memliki skill itu dan tahu bagaimana menggunakan skill itu" . Dalam kata lain mesti ada latihan dan gerak kerja yang dilakukan.
Manakala bisnes coaching adalah sebaliknya. Ini yang perlu digarisbawahi oleh anak muda yang menggelar diri mereka sebagai "coach". Coach tidak beri input. Malah dikatakan langsung tidak memberikan penyelesaian kepada masalah.
Orang yang sedang di "coach" diberi panduan akan landasan besar lebuhraya penyelesaian. Mereka perlu nampak dan memandu sendiri pasukannya untuk capai penyelesaian. Mereka bertanggung jawab bermain sendiri atas padang. Buat keputusan dan ambil tindakan.
Kata kunci ilmu mahal seorang coach adalah KUASA SOALAN SOALAN. Mereka mesti faham seni berbual bual dengan bertanya soalan.
Setakat itu dahulu.
No comments:
Post a Comment