Wednesday, 9 September 2015

CORPORATE TRAINER 3/120


Apabila kita melihat dunia korporat, kita selalu memandang ke Amerika sana. Mungkin perbukuan maklumat dikerjakan dengan sebaik cara oleh mereka. Sejarah memang ditandai oleh mereka yang tahu tulis baca.
Henry Ford dikenali lantaran pengeuaran kereta secara besar besaran. Steve Jobs membawa komputer dari meja pejabat ke meja makan di rumah dan di restoran. Jeff Bezos tahu akan manfaat guna internet dan menjadikan jualan atas talian lakujual dan laris melepasi sempadan tradisi jual beli semasa.
Dalam dunia consultancy ini, muncul satu watak yang penuh berkeyakinan. Namanya James O. Mckinsey. Dia bertanya apakah tuan ada masalah bisnes? Tunjukkan pada saya. Saya akan beritahu apa yang perlu diluruskan.
Keyakinan ini membawa kepada faktor kepimpinan yang kelima, iaitu membina TRIBE. Pembinaan tribe ada lima tahap. dari kumpulan kaki pukul di jalanraya hinggalah pada tahap berkongsi idea dan strategi di istana kuasa dan bisnes berjaya. Seorang consultant dan pasukan yang mahu dibinanya perlu faham akan tahap tahap ini terlebih dahulu.
Keenam, perubahan yang berlaku didunia sekarang amat ketara. Ianya boleh dipanggil "Penyongsangan Kepakaran," . Inilah antara perkara yang saya belajar dengan menekuni Puan Guru Ainon Mohd. pendiri PTS dan ABS.
Seorang wanita kaya dan berjaya berusia 65 tahun belajar bersungguh ilmu lubuk kekayaan baru dari budak budak berusia 25 tahun. Banyak "askar muda"- usahawan muda di bawah arahan beliau memahami teknologi dan saluran komunikasi dunia digital jauh lebih baik daripada dia.
Penekunan berguru dengan Puan Ainon ini memaksa saya untuk menjadi lebih telus, lebih banyak bersedia untuk mendengar, bersedia untuk introvert dan lebih bersedia untuk reverse- mahu dibimbing oleh yang lebih muda dan baru mahu bermula.
Ketujuh, sentiasa mahu belajar. Kita tidak boleh cemerlang sebagai corporate trainer andai tidak mahu "duduk di meja depan dan sentiasa angkat tangan".
Lebih buruk daripada itu adalah hakikat apabila kita menilai diri kita lebih rendah dari orang lain dan kurang cenderung untuk menganggap diri kita layak untuk pekerjaan ini.
Permulaannya sebagai pelajar seumur hidup , kita usah termasuk dalam golongan yang "lebih perlahan untuk mengangkat tangan dan lebih cepat untuk meletakkan ia ke bawah". Usah juga ambil tempat duduk yang jauh dari jadual kuasa.
Pastikan kita mempunyai tempat duduk di meja depan.Sanggup bertekun belajar dalam kumpulan, serta rajin berkuli dengan trainer senior dan "menjaga kaki anda di atas pedal gas".Apabila diseru untuk ke depan, kita bangkit segera dan memandu perjalanan dengan yakinnya.

No comments:

Post a Comment