Orang Arab pada masa era Rasulullah (baca selawat) menguasai tanah air mereka. Dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi tidak dapat menjajah mereka. Mereka menguasai tanah air mereka bukan dikuasai.
Orang Arab memilih untuk hidup ditanah air mereka yang bergurun. Mereka tidak dilindungi kota yang berdinding. Mereka tidak memerlukan tembok tembok kubu. Mereka bergantung pada tajamnya mata pedang dan runcingnya tombak untuk perlindungan dan pertahanan.
Makanan mereka daging, susu, tapai kurma dan kurma. Mereka dermawan, membalas budi, memberi perlindunga pada orang yang lemah dan melindungi pelanggan yang berurusan dengan mereka.
Mereka pemurah dan bermaruah. Mereka berani dan berdikari. Mereka ada harga diri. Itulah Arab pada era nabi (baca selawat). Mereka petah bicara dan bernas daya fikir. Sesatunya kekurangan mereka adalah mereka buat ikut suka hati tanpa pengurusan yang teratur.
Muhammad telah melihat segala ciri ciri baik ini pada Datuknya Abdul Muttalib. Dan, dia berkenan hormat dengan Datuknya. Pemimpin berada dalam kalangan rakyatnya tanpa hierachy dan protokol yang terlampau. Penghormatan pada pemimpin ditandai dengan hormat pada orang lebih tua dan mereka saling kerja bersama sama.
Apabila Muhammad berusia 12 tahun, dia mula berfikir mahu meringan beban Abu Talib, bapa saudaranya yang ada anak ramai dan tidak berada itu. Beliau mahu berdagang mengikut Abu Talib.
No comments:
Post a Comment