Wednesday, 9 September 2015

CORPORATE TRAINER 4/120


Antara perkataan yang kerap disebut oleh corporate trainer ialah mindset, leadership dan competencies. Kita telusuri satu persatu. Ianya juga diadun dalam satu perkataan lagi, iaitu strategy.
Strategi adalah membuat keputusan komplek dalam kekaburan perjalanan masa depan dengan "jangkaan akibat"-bertempoh jangka panjang. Untuk itu, pembuat keputusan memerlukan "masa bertempoh untuk membuat refleksi supaya terganggu-hati dan pertimbangan dalam membuatkeputusan"
Leadership pula bukan semata mata tentang menyudahkan satu perkara dan berkata kita telah sampai. Leadership sebahagian besarnya tentang berfikir aras tinggi. Pemmpin korporat dan keusahawanan mesti memberikan masa terbaiknya untuk berfikir. Meminjam kata kata Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, ""Berfikir mesti ada keputusan atau hasil baru dinamakan berfikir".
Berfikir adalah aset utama dan aktiviti penting semasa menilai dan membina strategi. Pemimpin korporat dibayar bukan untuk "busy" -sibuk sepanjang masa. Mereka dibayar untuk berfikir betul betul tentang "strategy".
Warren Buffet menghabiskan banyak masa beliau sepanjang hari untuk duduk dan berfikir. Bill Gates. dulu menghabiskan masanya seminggu setiap 6 bulan untuk aktiviti berfikir secara mendalam tentang strategi microsoft pada masa depan.
Strategi itu bersifat "emergent". Ianya "opportunist responses to unexpected events". Syarikat selalu disibukkan dengan pelanggan, pasaran, produk dan model bisnes. Ini bagus.
Namun, syarikat juga mesti ambil berat kepada perkara perkara tidak terduga yang timbul terutamanya tentang manusia. Bisnes selamanya tentang "people and process" . Tentang psikologi dan angka.
Pemimpin bisnes mesti bertekun menganalisis secara sistematik dan berhati-hati berfikir melalui alat yang ditunjukkan oleh consultant bagi membuat adjustment dimana perlu. Ini bukan bermakna consultant atau corporate trainer ini lebih baik. Ia cuma menepati kaedah "mata segar yang melihat dari luar" memudahkan penyelesaian baru di rintis.
Ia seumpama kehadiran Khalid al Walid sebagai pemimpin baru pasukan Islam. Beliau membawa strategi baru yang mengembangkan wilayah. Inilah yang kami cuba bawa dalam Sirah Based Leadership.

No comments:

Post a Comment