Wednesday, 9 September 2015

SIRAH BASED LEADERSHIP 22/120


Iklim persekitaran Makkah adalah ekstrem. Keringnya cuaca seakan tidak memberikan harapan. Pola hidup mereka nomadisme-unta. Mereka adalah bangsa pengembara musim panas dan musim sejuk.
Apabila tidak dapat bertani lantaran kontangnya muka bumi, mereka mengembangkan daya usaha perdagangan. Bangsa Arab pra-Islam ini berkembang di atas komuiti pasar.
Daerah Makkah tidak dijamah dan diinjak oleh kuasa besar pada masa itu. Kaabah dalam sejarahnya tidak pernah dijajah oleh mana mana kuasa besar dunia. Rumah Allah terhindar dari jamahan tangan kotor dan jahil.
" Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini aman sentosa, dan dianugerahkan rezeki dan buah buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari Akhirat." (Al Baqarah 2: 126)
Dalam usia 13 hingga 18 tahun inilah Muhammad mula "berkuli" dengan bapa saudaranya Abu Talib.Dalam tempoh ini, baginda belajar memahami pasaran. Membeli barangan di pasar dan mencermati segenap keperluan pada masyarakat dinegeri yang disinggahi beliau.
Ini termasuk pasar dan bazar di Yemen, Iraq, Syria, Jordan, Bahrain dan sekitarnya.
Muhammad membina jaringan perniagaan dan hubungan baik antara sesama pedagang sehingga kegeniusan bisnes baginda terbukti nyata tatkala usia baginda mencapai umur 18 tahun.
Puan Guru Ainon Mohd. menerangkan "Muhammad sewaktu muda memulakan bisnesnya dengan modal ilmu dan pengalaman dalam sektor trading di bawah asuhan Abu Talib. Itu sahaja modal beliau.
Beliau tidak mempunyai wang yang banyak sebagai modal. Penekunan penting untuk kita ambil kira adaalah:
1. Pencerahan penting yang perlu kita kutip adalah usah sekali-kali memilih bisnes yang modalnya besar, sampai terpaksa meminjam duit kaum keluarga ataupun bank. Nanti hubungan keluarga rosak. Bank pula akan lelong hartanah yang dicagarkan.
2. Pilih bisnes yang memerlukan modal kecil sahaja bagi memulakannya. Berapa duit yang ada, itu sahaja yang digunakan sebagai modal.
3. Pilih bisnes yang duit masuk cepat. Modal yang kecil dapat dipusing-pusingkan dengan laju. Bisnes pasar malam adalah contoh bisnes yang modalnya kecil.
4. Jangan pilih bisnes yang terpaksa menunggu lama sebelum duit yang dikeluarkan boleh masuk balik. Bisnes pasar malam adalah contoh bisnes yang duit sangat cepat keluar-masuknya.
5. Pilih bisnes servis yang kita pandai jalankan sendiri.
(Bersambung)

No comments:

Post a Comment