(sambungan)..
Apabila tiba di Hunain, Rasulullah (baca selawat) dan tentera Islam berkhemah di luar wadi. Wadi Hunain ini dikelilingi bukit. Hawazin berada dalam lembah.
Rasulullah kemudiannya menghantar seorang tentera dari atas kawasan tinggi. Sahabat ini berada atas kuda dan tidak turun kecuali untuk solat dan buang air sahaja. Sahabat ini memerhati hingga malam dan mendapati tiada pergerakan dari tentera Hawazin.
Sahabat ini pulang dan melapor pada Rasulullah (baca selawat). Rasulullah (baca selawat) memecahkan pasukan pada empat. Ali bin Abi Talib memegang bendera pasukan Muhajirin. Hubab bin Munzir bendera Khazraj. Usaid bin Khudair bendera pasukan Aus. Khalid al Walid mengepalai pasukan berkuda keturunan Sulam di depan sekali.
Tentera Islam dari tempat yang tinggi mahu turun ke Lembah. Kecuraman lembah menjadikan mereka terpaksa turun satu demi satu. Tiada pergerakan serentak boleh dibuat.
Strategi telah diatur, pada tengah malam mereka mula bersiap supaya awal pagi, Khalid Al-Walid akan mula mengetuai pasukan memasuki Lembah Hunain. Tentera Islam melihat pasukan Hawazin pimpinan Malik di lembah yang telah siap menghunus pedang dan menghancurkan sarung. Mereka terlepas pandang ada lagi bilangan tentera Hawazin yang bersembunyi di balik bukit.
Sebaik sahaja pasukan Khalid memasuki Lembah Hunain, tanpa disangka-sangka, mereka dihujani dengan bilahan anak panah daripada pelbagai arah . Serangan yang tiba-tiba ini telah menyebabkan Khalid terjatuh dari kuda dan cedera. Tentera Sulam yang dipimpin Khalid mula pecah dan berterabur.
Mereka kehilangan punca dan dalam kebingungan dan haruk piruk, mereka telah berundur ke belakang. Ramai juga terbunuh. Tentera dari lembah cuba memanjat balik ke bukit. Melihat tentera di depan lari tentera dibelakang terus lari. Berterabur dan tempiaran sampai ke Makkah.
Malik bin Auf menggadakan serangan supaya 20,000 tenteranya bergerak pantas memusnahkan tentera Islam dengan sekali pukulan sahaja. Itu maksud "pecah sarung pedang" diawal tadi. Perang hidup mati bagi mereka.
Rasulullah ketika itu berada di pasukan belakang dengan para sahabat lain> Baginda memanggil tentera islam untuk tenang dan kembali ke dalam barisan. Namun keadaan amat tidak terkawal. Hanya bilangan kecil yang tinggal dalam menghadapi lawan yang seramai 20,000 orang.
Terdapat tentera islam yang terus melarikan diri daripada medan perang kerana serangan hendap yang tidak disangka-sangka daripada pihak musyrikin sehinggakan Abu Sufyan , mntan Ketua Kota Makkah sebelum pembukaan semulanya berkata:
“mereka ini tidak akan berhenti kecuali tentera Islam telah berundur ke Laut Merah”.
Melihat keadaan yang tidak terkawal untuk ketika itu , Rasulullah segera tampil ke barisan hadapan tentera islam dan melaungkan,"Allahhu Akbar".
Abbas, bapa saudara baginda menghampri baginda. Muhammad (baca selawat) melaung "Aku ini Putra Abdul Muttalib". "Aku ini Nabi dan aku tidak berdusta".
Tiada yang menyahut. Muhammad (baca selawat) minta Abbas yang bersuara kuat melaungkan, "Wahai Ansar. Wahai Muhajirin. Wahai Ashabul Samarah". Ini merujuk kepada orang Islam yang membuat perjanjian dibawah pokok Samarah semasa perjanjian Hudaibiyah.
Laungan daripada Rasulullah ini telah mendapat sahutan daripada 100 orang tentera Islam Ahli Hudaibiyah dan mereka kembali berkumpul di sekeliling Rasulullah dan menyusun barisan. Kemudian mereka mara untuk menyerang tentara Hawazin.
Maka berlaku pertempuran antara tentera Islam dan tentera Hawazin.
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment