Consultant ini telah wujud berabad lamanya. Katanya apabila Han Fei Tzu, pengasas Sekolah Perundangan dalam tamadun China Purba menjadi penasihat Maharaja, beliau dipanggil Consultant yang pertama. Dia dilantik menjadi consultant lantaran upaya diri untuk melihat sesuatu situasi itu lebih jelas dari orang lain.
Dalam era lambakan maklumat ini kita tidak boleh berseorangan. Kita kena ada team yang serasi. Team yang bergerak bersama untuk satu edah masayang lama dan panjang.
Justeru, kita bincangkan dahulu bagaimana mahu membentuk "Business SWAT Team" ini.
Pertama: Manusia tidak beli apa yang kita buat. Manusia beli kenapa kita buat. Fokus pada pemandu emosi diri yang kita percaya dan manusia akan tertarik untuk bersama kita andai ada persamaan nilai dan PEM. Serlahkan ia sebenderang cahaya.
Kedua: Biarkan ahli dalam team bercerita. Storytelling. My Story. OPS. Other People Story. Kemudian baru kita bercakap tentang Business Success Story.
Ketiga: Kita semua ada momen momen indah. Menukar impian orang lain jadi kenyataan. Apa caranya, kadang kadang kita lupa. Tools hanya alatan. Apa yang lebih mendalam adalah adunan pengalaman yang dituang dalam pengetahuan.
Tools hanyalah deserts. Terlalu taksub pada deserts tidak mengenyangkan. Kena baling pinggan nanti, apabila nasi tidak dihidang sama. Asyik asyik manisan sahaja yang kita utamakan.
Apakah itu yang dimaksudkan "nasi"? "Nasi" yang dianalogikan adalah competencies terutamanya dalam aspek kewangan. Itulah kata kunci dalam meneruskan penghidupan hayat bisnes.
Keempat: Kita berada dalam abad ke 21. Globalized Digitalized World. Kurun ke 21 ini bergerak terlalu pantas. Pemimpin dan ahli dalam team consultant atau corporate trainer itu perlukan 3 keupayaan:
- Upaya menyaksi dan menerap disiplin untuk masa depan dan bersedia untuk mendepaninya.
- Bersedia ntuk menjalankan hubungan dengan mereka yang berbeza. Manusia yang diluar dari "comfort zones" lingkungan kebiasaan kita.
- Bersedia untuk melompat.Bukan lagi melangkah. "It's leap, not a step". Bersedia untuk meninggalkan "traditional best developement practises" masa lalu, untuk melakukan "best practises" masa depan pula.
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment